Posts

Showing posts from March, 2026

Selalu Resah Gelisah? Ketahui 10 Perkara Yang Buat Kita Rasa Kosong & Tak Gembira

 Cuba renung-renungkan, mengapa agaknya hati kosong dan tidak gembira? Mengapa kita sering dibelenggu rasa resah dan gelisah hinggakan hendak teruskan aktiviti harian pun terasa sukar? Kenapa hati rasa kosong dengan pasangan? Selalu Resah Gelisah? Ketahui 10 Perkara Yang Buat Kita Rasa Kosong & Tak Gembira Tidak dapat dinafikan, semua rasa inilah yang menyebabkan kita hidup dalam keadaan yang tidak tenteram. Oleh sebab itu, ramai yang mula mencari erti sebenar kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Tetapi, pasti ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang membuatkan hati kita rasa gembira Kenapa hati jadi kosong? 1. Kenapa kita rasa kosong? Kita lupa nilai diri sendiri Ramai yang lupa bahawa pangkat, kekayaan, status hubungan serta karier tidak menentukan nilai diri kita yang sebenar. Sebagai seorang manusia, nilai diri anda lebih daripada apa yang anda sangka. Oleh sebab itu, jangan sesekali lupa akan harga diri sendiri. Diri kita amat bernilai dan tidak boleh ditukar...