tips untuk sentiasa bersemangat
Apa sebab semangat sudah hilang? Segalanya perlu kita lihat kepada dalam diri sendiri, meskipun tidak dinafikan persekitaran juga menyumbang ke arah semangat yang berkobar-kobar atau lesu. Semangat sememangnya ada hubung kait dengan kekuatan. Apabila kita kuat untuk menjalani kehidupanlah kita akan bersemangat. Adalah mustahil sekiranya kita merasa lemah tetapi bersemangat. Mana mungkin? Pembinaan semangat ini boleh dikukuhkan menerusi dalaman kita, secara teori mudah sangat untuk kita mengatakan kembalilah kepada Allah, namun praktikal? Letakkan matlamat yang spesifik namun masih menghalakan arah tujuan yang sama iaitu – kerana Allah SWT. Sebagai contoh, aku nak siapkan kerja mendidik atau belajar ini kerana Allah SWT. Persekitaran sangat mempengaruhi, namun jangan cepat dipengaruhi, tetapi kawallah persekitaran itu dengan memulakan perkara yang baik dan boleh dicontohi oleh semua orang. Sebagai contoh, memulakan bacaan Quran, solat di awal waktu dan sebagainya. Mudah-mudahan dengan p...